• Main
  • News

Bulan Ramadan Adalah Merupakan Bulan Istimewa Di Mana

Bulan Ramadan Adalah Merupakan Bulan Istimewa Di Mana

Bulan Ramadan adalah merupakan bulan istimewa di mana Allah melipat gandakan segala amal baik yang kita lakukan.Salah satu cara untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah.

Allah memuliakan hambaNya yang suka bersedekah.Terdapat banyak ganjaran yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah.

"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu Maha Memberi,Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia,Ia membenci akhlak yang buruk." (HR. Al Baihaqi,dishahihkan Al Abani dalam Shahihul Jami',1744).

Dikongsikan QR Code akaun PIBG SK Hulu Kelang buat ibu bapa dan orang ramai yang berhajat untuk bersedekah bagi Program Infaq Ramadan Bantuan B40 (Golongan Terpilih) Asnaf & Miskin Murid-Murid SK Hulu Kelang 2025.

Akhir kata,marilah kita bersama-sama menyemarakkan bulan Ramadan ini dengan sedekah dan amal kebaikan.Semoga ia menjadi saham untuk kita di akhirat kelak.

Unit HEM
SK Hulu Kelang


About Us

  • Myskhk

    Page ini diwujudkan khas untuk penyebaran segala aktiviti berkaitan SK Hulu Kelang.