
Kejohanan Merentas Desa SK Hulu Kelang 2025
Tarikh: 28 Februari 2025 Jumaat
Masa: 7.30 - 11.00 Pagi
Tempat: Padang SK Hulu Kelang dan kawasan sekitar
Kejohanan yang melibatkan seramai lebih kurang 300 orang murid Tahap 2.Para peserta kelihatan begitu bersemangat untuk menghabiskan larian bagi muncul sebagai pemenang.Seramai 10 orang peserta telah dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.Selain itu,kejohanan ini juga memberi pungutan mata kepada rumah sukan bagi peserta rumah yang menamatkan larian sehingga tempat ke 10.
Majlis Penyampaian Pingat kepada para pemenang telah diadakan pada hari yang sama.Diserikan dengan kehadiran AJK PIBG Puan Rozita Latip yang turut membantu dalam perjalanan kejohanan.
Alhamdulillah kejohanan berjalan dengan lancar di mana tiada peserta yang mengalami kecederaan sepanjang kejohanan berlangsung.
Unit Kokurikulum
SK Hulu Kelang